Tuesday, April 19, 2011
Simbol Arithmetik
Formula Lazim Topik-Topik PMR
Di bawah ini disenaraikan formula-formula penting serta teori ringkas yang perlu pelajar tahu kaedah penggunaannya mengikut topik PMR. Untuk mendapatkan paparan yang lebih jelas, sila klik pada kotak formula yang ingin dibesarkan paparannya.
Thursday, April 14, 2011
AKTIVITI MENGENAL JANTUNG ANDA
MENGENAL JANTUNG ANDA
Tahukah anda ??
Sepuluh peratus (10 %) dari kematian di negara-negara maju adalah disebabkan oleh strok !!
Lelaki berumur 40 tahun ke atas yang tidak menjaga pemakanan dan kurang bersenam paling mudah mendapat penyakit jantung !!
Prosedur:
- Sila baca nota di bawah dengan teliti dan kenalpasti beberapa komponen penting jantung.
- Muat turun lembaran kerja berikut dan isikan semua petak kosong yang disediakan. Pastikan anda betul bagi semua soalan.
Aktiviti Penerokaan Maklumat
Penerokaan Maklumat
Objektif:
- Mengenalpasti dan meneroka maklumat menggunakan engin pencari
- Membuat banding beza maklumat.
Jadual di atas menunjukkan skor yang diperoleh sebahagian negara dalam kajian Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS), Tahun 1999 bagi gred 8.
Anda dikehendaki mendapatkan maklumat kajian yang sama bagi Tahun 2003 dan 2007. Seterusnya, sila buat banding beza dengan memberi fokus kepada perkara-perkara berikut:
Anda dikehendaki mendapatkan maklumat kajian yang sama bagi Tahun 2003 dan 2007. Seterusnya, sila buat banding beza dengan memberi fokus kepada perkara-perkara berikut:
- 10 negara teratas
- kedudukan Malaysia bagi ketiga-tiga tahun tersebut.
- Berdasarkan maklumat di atas, apakah pandangan anda terhadap prestasi pelajar Malaysia dalam Matematik dan Sains?
- Mengapakah negara Singapore dapat mengekalkan prestasi yang cemerlang dalam pendidikan matematik dan sains?
http://nces.ed.gov/timss/results07.asp
Sila klik "Comments" untuk menulis jawapan anda.
Sila klik "Comments" untuk menulis jawapan anda.
AKTIVITI REKREASI MATEMATIK
REKREASI MATEMATIK
Objektif:
- Menjalankan aktiviti rekreasi secara on-line
- Meningkatkan penguasaan kemahiran dalam operasi asas melalui kuiz secara on-line
Prosedur:
- Aktiviti ini dijalankan secara berpasangan.
- Sila buka laman berikut dan baca dengan teliti semua arahan yang disediakan. Masukkan nama anda berdua dan pilih aras (level) yang sesuai (sebaiknya pilih 'hard' atau 'super brain'). Kemudian klik "Play Ball" untuk memulakan permainan. http://www.funbrain.com/math/index2.html
- Adakah anda telah puas bermain ? Jika sudah, sila ke prosedur seterusnya.
( Prosedur tambahan - Optional )
- Seterusnya, anda berpeluang menghantar kad ucapan kepada rakan atau sahabat handai (sebaiknya ahli dari kumpulan lain - pastikan anda tahu alamat emel mereka). Kad ucapan: http://www.funbrain.com/cgi-bin/ecard.cgi
- Setelah kad dihantar, anda akan diberikan beberapa jenis permainan lain. Selamat mencuba !!
Saturday, February 26, 2011
Salam Perkenalan
Bersyukur kepada Allah S.W.T kerana limpah kurnia-Nya, akhirnya blog Panitia Matematik SMK King Edward VII Taiping ini terhasil.Blog ini adalah ditubuhkan hasil kerjasama guru-guru matematik SMK King Edward VII Taiping. Blog ini akan menjadi bahan rujukan dan panduan kepada para pelajar SMK King Edward VII dalam mencari maklumat berkaitan tentang modul pembelajaran dan tabung koleksi-koleksi soalan terdahulu serta aktiviti-aktiviti panitia yang dijalankan. Selain itu, para pelajar juga dapat berkongsi pendapat dan maklumat bersama guru-guru matematik SMK King Edward VII berkaitan tentang info semasa yang membina dan juga berkaitan masalah-masalah pembelajaran yang dapat dikongsi bersama.
Akhir kata , semoga blog ini dapat membantu ke arah kecemerlangan pelajar serta dapat membentuk sahsiah pelajar yang membina.
Wassalam...
-Penyelaras Blog-
Akhir kata , semoga blog ini dapat membantu ke arah kecemerlangan pelajar serta dapat membentuk sahsiah pelajar yang membina.
Wassalam...
-Penyelaras Blog-
Subscribe to:
Posts (Atom)