Bersyukur kepada Allah S.W.T kerana limpah kurnia-Nya, akhirnya blog Panitia Matematik SMK King Edward VII Taiping ini terhasil.Blog ini adalah ditubuhkan hasil kerjasama guru-guru matematik SMK King Edward VII Taiping. Blog ini akan menjadi bahan rujukan dan panduan kepada para pelajar SMK King Edward VII dalam mencari maklumat berkaitan tentang modul pembelajaran dan tabung koleksi-koleksi soalan terdahulu serta aktiviti-aktiviti panitia yang dijalankan. Selain itu, para pelajar juga dapat berkongsi pendapat dan maklumat bersama guru-guru matematik SMK King Edward VII berkaitan tentang info semasa yang membina dan juga berkaitan masalah-masalah pembelajaran yang dapat dikongsi bersama. Akhir kata , semoga blog ini dapat membantu ke arah kecemerlangan pelajar serta dapat membentuk sahsiah pelajar yang membina. Wassalam... -Penyelaras Blog-

Friday, November 15, 2013

KBAT MATEMATIK???

Apakah KBAT Matematik

JABATAN SAINS & MATEMATIK 2014


Guru Kanan Jabatan Sains dan Matematik:
Pn. Hajah Haliza bt Zainuddin


Ketua Panitia Matematik:
Pn. Hjh. Norhasimah bt. Abd Hamid

Pen. Ketua Panitia Matematik:
En. Zulkurnain bin Mohamad 


Guru-Guru Matematik Tingkatan 3:
Pn Nooralishah bt Ali
En.Noh Hassan Basri

Guru-Guru Matematik Tingkatan 2:
En. Zulkurnain bin Mohamad
En.Maizuri Ikmal
Pn.Rafiedah bt Rawi

Guru-Guru Matematik Tingkatan 1:
Pn. Latipah bt Noordin
Pn. Khairun Nisa


Tuesday, April 19, 2011

Simbol Arithmetik


Berikut dipaparkan senarai simbol arithmetik bagi silibus PMR. Semoga maklumat ini mengukuhkan lagi pemahaman pelajar tentang penggunaan simbol dalam matematik:

Formula Lazim Topik-Topik PMR

Di bawah ini disenaraikan formula-formula penting serta teori ringkas yang perlu pelajar tahu kaedah penggunaannya mengikut topik PMR. Untuk mendapatkan paparan yang lebih jelas, sila klik pada kotak formula yang ingin dibesarkan paparannya.





Thursday, April 14, 2011

AKTIVITI MENGENAL JANTUNG ANDA

MENGENAL JANTUNG ANDA

Tahukah anda ??

Sepuluh peratus (10 %) dari kematian di negara-negara maju adalah disebabkan oleh strok !!

Lelaki berumur 40 tahun ke atas yang tidak menjaga pemakanan dan kurang bersenam paling mudah mendapat penyakit jantung !!

Prosedur:

  1. Sila baca nota di bawah dengan teliti dan kenalpasti beberapa komponen penting jantung.
  2. Muat turun lembaran kerja berikut dan isikan semua petak kosong yang disediakan. Pastikan anda betul bagi semua soalan.

Lembaran Kerja

ANATOMI DAN FISIOLOGI JANTUNG
m2.jpg

JANTUNGKU: Jantung merupakan organ yang berotot pejal dan mempunyai empat ruang dimana saiznya menyamai saiz penumbuk individu berkenaan. Ianya terletak di dalam bahagian dada, diantara dua paru-paru, dan dibawah tulang rusuk kiri.

Fungsi utama jantung adalah untuk mengepam darah yang beroksigen ke seluruh bahagian tubuh. Tugas ini dilakukan dengan menguncup sebanyak 60 hingga 90 kali bagi setiap minit. dengan setiap penguncupan ruang jantung akan mengepam darah samada ke venrikel atau salur darah arteri. dalam masa 24 jam jantung anda berdenyut lebih daripada 100,000 kali, 7,000 liter darah dipam melalui jarak beribu batu di dalam sistem saluran darah.


CARA JANTUNG BEKERJA: Pusingan jantung bermula dibahagian kanan jantung. Salur darah vena[vena kava bawah] menyalurkan semula aliran darah yang rendah kandungan oksigen ke dalam ruang atrium kanan. Aliran darah tadi akan mengalir dari atrium kanan ke dalam ventrikel kanan di mana ia kanan dipam ke dalam sistem saluran darah paru-paru melalui arteri pulmonari di mana ia akan menyerap oksigen dan melepaskan karbon dioksida. Darah yang tinggi kandungan oksigen ini akan memasuki jantung semula dimana ia akan mengalir ke dalam atrium kiri melalui dua pasang vena pulmonari setiap pasang dari paru-paru kanan dan kiri. Daripada atrium kiri darah tadi akan memasuki ventrikel kiri dan dipam keluar ke dalam aorta untuk penyaluran kesetiap bahagian badan manusia.


INJAP-INJAP JANTUNG: Atrium dan ventrikel dipisahkan oleh bahagian yang membentuk injap-injap jantung. injap-injap ini akan mengemudi aliran darah diantara ruang-ruang jantung. Injap ini membenarkan aliran sehala dengan menyalurkan darah ke dalam yang seterusnya dan menghalang aliran balik.

Di bahagian kanan jantung, darah mengalir melalui injap trikuspid yang terletak di antara atrium kanan dan ventrikel kanan. injap ini mempunyai tiga dedaun atau kelopak. di sebelah kiri jantung pula, darah mengalir di antara atrium kiri dan ventrikel kiri melalui injap mitral. injap mitral juga dikenali sebagai injap bikuspid kerana ia mempunyai dua dedaun atau kelopak.

Bagi membolehkan darah mengalir dari ruang atas ke dalam ruang bawah, injap-injap tadi mestilah terbuka. injap-injap ini dikawal oleh perubahan tekanan darah di dalam setiap ruang tadi.

Injap juga terdapat di antara ventrikel dan saluran darah yang menyalurkan darah keluar daripada jantung. Darah akan mengalir melalui injap pulmonari yang memisahkan ventrikel kanan dengan artei pulmonari. Manakala di sebelah kiri pula darah mengalir daripada ventrikel kiri ke dalam aorta melalui injap aorta.


JANTUNG BERDENYUT: Jantung anda mempunyai sistem arus elektrik yang meransang jantung untuk menguncup atau berdenyut. Setiap denyutan bermula dengan ransangan elektrik yang berasal dari bahagian khas di dalam atrium kanan yang dipanggil odus sinoatrial ataupun nodus SA. Nodus SA ini merupakan pencetus atau suis semulajadi jantung. Ia menerima maklumat daripada otak dan pusat-pusat kawalan lain di dalam sistem saraf yang mengarahkannya menyesuaikan kadar denyutan jantung yang optima bergantung keppada keperluan badan manusia. Setelah ransangan tadi dihasilkan oleh nodus SA ia akan mengalir kepada atrium-atrium yang menyebabkan mereka menguncup dan mengepam darah masuk ke dalam ventrikel di bawah. Ransangan elektrik ini kemudiannya mengalir ke satu kumpulan sel khusus yang dikenali sebagai nodus atrioventrikular atau nodus AV. Dari sini ransangan tadi akan mengalir laju keseluruh bahagian jantung melalui rangkaian His, cabang kiri dan kanan [kesemuanya adalah sistem aliran rangsangan elektrik jantung]. Otot-otot jantung menguncup dan jantung berdenyut akibat daripada ransangan-ransangan ini. Selepas setiap denyutan, otot-otot jantung menguncup dan jantung berdebyut akibat daripada ransangan-ransangan tadi dan
ianya berlaku teramat pantas.


ALIRAN DARAH KORONARI: Jantung juga mempunyai sistem aliran darahnya sendiri yang berfungsi memberikan bekalan darah kepada otot-otot jantung. Ianya terdiri daripada arteri koronari kanan dan kiri. Arteri koronari kanan muncul daripada aorta dan mengelilingi bahagian kanan lekukan atrioventrikular dan menyalurkan darah kepada atrium kanan dan ventrikel kanan dan sebahagian pembahagi[septa] belakang. Arteri koronari kiri juga muncul daripada aorta. Bahagian permulaannya arteri kiri koronari utama dan menjadi arteri kiri bawah dan arteri sirkumfleks. Kesemuanya menyalurkan darah bahagian atrium kiri dan ventrikel kiri dan sebahagian pembahagi depan.

Lembaran Kerja

Aktiviti Penerokaan Maklumat

Penerokaan Maklumat

Objektif:
  1. Mengenalpasti dan meneroka maklumat menggunakan engin pencari
  2. Membuat banding beza maklumat.
Prosedur:

timss

Jadual di atas menunjukkan skor yang diperoleh sebahagian negara dalam kajian Trends in International Mathematics and Science Study (TIMSS), Tahun 1999 bagi gred 8.

Anda dikehendaki mendapatkan maklumat kajian yang sama bagi Tahun 2003 dan 2007. Seterusnya, sila buat banding beza dengan memberi fokus kepada perkara-perkara berikut:
  • 10 negara teratas
  • kedudukan Malaysia bagi ketiga-tiga tahun tersebut.
  1. Berdasarkan maklumat di atas, apakah pandangan anda terhadap prestasi pelajar Malaysia dalam Matematik dan Sains?
  2. Mengapakah negara Singapore dapat mengekalkan prestasi yang cemerlang dalam pendidikan matematik dan sains?
http://nces.ed.gov/timss/results07.asp

Sila klik "Comments" untuk menulis jawapan anda.

AKTIVITI REKREASI MATEMATIK

REKREASI MATEMATIK

Objektif:

  1. Menjalankan aktiviti rekreasi secara on-line
  2. Meningkatkan penguasaan kemahiran dalam operasi asas melalui kuiz secara on-line

Prosedur:

  1. Aktiviti ini dijalankan secara berpasangan.
  2. Sila buka laman berikut dan baca dengan teliti semua arahan yang disediakan. Masukkan nama anda berdua dan pilih aras (level) yang sesuai (sebaiknya pilih 'hard' atau 'super brain'). Kemudian klik "Play Ball" untuk memulakan permainan. http://www.funbrain.com/math/index2.html
  3. Adakah anda telah puas bermain ? Jika sudah, sila ke prosedur seterusnya.

( Prosedur tambahan - Optional )

  1. Seterusnya, anda berpeluang menghantar kad ucapan kepada rakan atau sahabat handai (sebaiknya ahli dari kumpulan lain - pastikan anda tahu alamat emel mereka). Kad ucapan: http://www.funbrain.com/cgi-bin/ecard.cgi
  2. Setelah kad dihantar, anda akan diberikan beberapa jenis permainan lain. Selamat mencuba !!